Topik | Tingkatan | Kupasan & Ulasan Soalan Lepas |
1) Kedudukan dan Ketinggian | Kemahiran Geografi (Tingkatan 1, Tingkatan 2 & Tingkatan 3) | · Soalan 17 berdasarkan rajah dan menanyakan waktu tempatan di X (PMR 2005) · Soalan 1 iaitu pelajar perlu menentukan segi empat grid yang mempunyai kawasan paling tinggi(PMR 2005) · Soalan 5 tentang selang kontur peta (PMR 2005) · Soalan 5 menanyakan tentang selang kontur peta (PMR 2006) · Soalan 5 menanyakan hubungkait garisan kontur dengan bentuk muka bumi (PMR 2003) |
2) Arah | Kemahiran Geografi (Tingkatan 1, Tingkatan 2 & Tingkatan 3) | · Soalan 2 menanyakan arah yang ditujui Sg. Juru(PMR 2004) · Soalan 6 menanyakan kedudukan Gunung Raya dari Kg. Balau(PMR 2005) · Soalan 1 menanyakan bearing sukuan simpang 3 di Pekan Maju dari kuil (PMR 2006) |
3) Skala & Jarak | Kemahiran Geografi (Tingkatan 1, Tingkatan 2 & Tingkatan 3) | · Soalan 3 mengkhendaki pelajar mengukur jarak jalanraya iaitu jarak melengkung (PMR 2005) · Soalan 12 menyuruh pelajar menukar pecahan wakilan kepada skala lurus (PMR 2000) · Soalan 4 menanyakan keluasan kawasan sawah padi(PMR 2005) · Soalan 6 menanyakan keluasan kawasan padi(PMR 2004) |
4) Graf,Carta dan Rajah | Kemahiran Geografi (Tingkatan 1, Tingkatan 2 & Tingkatan 3) | · Soalan 9 berdasarkan jadual tentang suhu kawasan X(PMR 2004) · Soalan 7 berdasarkan graf bar majmuk menegak mengenai import kereta negara X(PMR 2000) · Soalan 20 mengkhendaki calon mentafsirkan graf gabungan untuk mengetahui ciri-ciri suhu dan hujan(PMR 2006) · Soalan 8 berdasarkan carta bilangan pekerja(PMR 2001) |
5) Peta | Kemahiran Geografi (Tingkatan 1, Tingkatan 2 & Tingkatan 3) | · Soalan 2 menanyakan ciri budaya di kawasan segi 4 grid(PMR 2005) · Soalan 2 menanyakan peranan Pekan Ria sebagai pusat pentadbiran daerah dan pusat pengumpul hasil pertanian(PMR 2003) · Soalan 4 menanyakan faktor kelapa sawit ditanam secara meluas dalam kawasan peta(PMR 2001) · Soalan 3 menanyakan tentang penanaman getah secara ladang(PMR 2003) · Soalan 6 tentang jenis bentuk muka bumi dan kegiatan ekonomi di peta(PMR 2006) |
6) Bentuk Muka Bumi | Tingkatan 1 | · Soalan 17 mengenai Banjaran Titiwangsa,iaitu legeh sungai dan terdapatnya kawasan peraginan (PMR 2003) · Soalan 7 berdasarkan peta dan kedudukan Gunung Tahan(PMR 2006) · Soalan 9 tentang rajah dan menanyakan pembentukan kerak bumi(PMR 2005) · Soalan 10 menanyakan pasal batu tunggul(PMR 2006) · Soalan 15 menanyakan bentuk muka bumi pemendapan ombak-beting pasir dan anak tanjung(PMR 2005) · Soalan 16 pasal bentuk muka bumi pinggir pantai-teluk dan tanjung(PMR 2005) · Soalan 13 tentang tasik yang terbentuk semula jadi-tasik bera & tasik chini (PMR 2005) · Soalan 11 tentang bentuk muka bumi yang terdapat di peringkat tengah sungai -lurah U(PMR 2007) · Soalan 11 pasal bentuk muka bumi di bahagian hilir sungai-delta & tasik ladam(PMR 2006) |
7) Potensi dan Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Manusia | Tingkatan 1 | · Soalan 53 pasal empangan yang dibina untuk di tanah tinggi(PMR 2004) · Soalan 10 tentang persamaan kepentingan kawasan Tanah Tinggi Cameron dan Pergunungan Alps Switzerland(PMR 2005) · Soalan 11 pasal tujuan kaedah pertanian berteres-mengawal hakisan tanah dan kawasan pertanian terhad(PMR 2005) · Soalan 8 pasal kesan penerokaan di kawasan tanah tinggi-hakisan dan gelongsoran tanih(PMR 2005) |
8) Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar | Tingkatan 1 | · Soalan 59 tentang kegiatan pembalakan yang menyebabkan kawasan tadahan air terjejas dan suhu setempat meningkat (PMR 2006) · Soalan 58 pasal kesan pertanian pindah yang melibatkan hutan ditebang dan dibakar,tanam dan tinggal dijalankan (PMR 2006) · Soalan 52 pasal sebab kaedah biologi digunakan bagi mengawal makhluk perosak di ladang kelapa sawit(PMR 2004) |
9) Pergerakan Bumi Dalam Sistem Suria Serta Pengaruhnya Terhadap Cuaca dan Iklim | Tingkatan 1 | · Soalan 19 pasal rajah dan menanyakan kesan pergerakan bumi-pembiasan angin,siang & malam,kejadian pasang surut(PMR 2005) · Soalan 16 pasal rajah dan kesan putaran bumi-pembiasan angin lazim(PMR 2006) · Soalan 18 pasal rajah dan kedudukan bumi semasa solstis musim sejuk(PMR 2005) · Soalan 19 pasal kawasan menerima banyak hujan di S.Malaysia-Bkt Larut(PMR 2007) · Soalan 17 pasal kawasan menerima banyak hujan-Bkt Larut(PMR 2006) · Soalan 20 kawasan dlm peta yang menerima hujan paling sedikit-Jelebu(PMR 2007) · Soalan 31 kawasan yang sering dilanda taufan(PMR 2003) · Soalan 19 kawasan dalam peta yang mengalami min suhu tahunan(PMR 2003) · Soalan 7 perbezaan suhu antara tempat K dan L di Gunung X(PMR 2005) · Soalan 15 faktor yang menyebabkan perbezaan suhu antara K.Lumpur 27 Celcius dan Kundasang 18 Celcius(PMR 2006) |
10) Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia | Tingkatan 1 | · Soalan 20 ciri iklim dan cara hidup manusia di Gurun Thar(PMR 2005) · Soalan 21 kawasan dan kegiatan ekonomi di Gurun Thar-penternakan(PMR 2006) · Soalan 26 pasal hutan taiga dan kerja pembalakan pada musim sejuk-Siberia II(PMR 2005) · Soalan 19 penduduk tinggal di dalam igloo pada musim sejuk dan harpun untuk menangkap ikan-Greenland(PMR 2006) |
11) Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca dan Iklim | Tingkatan 1 | · Soalan 39 ciri bandar X,iaitu jalan berturap & bangunan konkrit yang dibina rapat-pulau haba(PMR 2005) |
12) Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar | Tingkatan 1 | · Soalan 25 hutan yang mempunyai ciri malar hijau dan berakar banir-hutan hujan tropika(PMR 2005) · Soalan 22 ciri hutan yang mempunyai empat lapisan dan akar banir(PMR 2006) |
13) Faktao-faktor Yang Mempengaruhi Pelbagai Jenis Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi | Tingkatan 1 | · Soalan 22 kombinasi benar pasal jenis tanih dan tumbuhan(pasir-hutan pantai,lumpur-hutan paya bakau,gambut-hutan paya air tawar)-PMR 2005 · Soalan 24 pasal tanih dan tumbuhan(cengal-kerikil,ru-berpasir)-PMR 2006 · Soalan 27 ciri-ciri tumbuhan semulajadi di Gurun Sahara-batang berlendair;kulit pokok tebal(PMR 2005) |
14) Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi | Tingkatan 1 | · Soalan 24 kepentingan tumbuhan semula jadi-cerucuk dan arang batu(PMR 2005) · Soalan 27 pasal tumbuhan dan kegunaannya(rotan-perabot,nipah-atap,bakau-kayu arang)-PMR 2006 · Soalan 26 tentang kepentingan hutan paya bakau(PMR 2006) |
15) Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar | Tingkatan 1 | · Soalan 58 kesan pembalakan terhadap alam sekitar-tingkatkan suhu(PMR 2005) |
16) Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar | Tingkatan 1 | · Soalan 23 pasal Pusat Perlindungan Orang Utan(PMR 2005) · Soalan 28 tujuan penghutanan semula dijalankan(PMR 2006) |